Welcome!

Contoh Karangan UPSR: catatan harian, by aini cutes
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor aini cutes
Title:catatan harian
2010-02-20 16:40
13 Julai 2009

Aku mengikut ibu pergi ke pasar raya.Ibu membeli sepasang baju baru untuk dipakai semasa sambutan hari jadiku yang ke-11.Aku juga mahu mengambil kad jemputan untuk majlis hari jadiku nanti.

14 Julai 2009

Aku mengedarkan kad jemputan kepada kawan-kawan.Aku juga tidak lupa menelefon Tasya di Kuala Lumpur untuk menjemputnya ke majlis itu.

15 Julai 2009

Hari ini genap usiaku 12 tahun.Aku sibuk membantu ibu.Ruang tamu telah dihias indah.Ibu menyediakan sebiji kek coklat yang merupakan kek kegemaranku.

    Tepat pada pukul 8.00 malam,banyak kawanku yang datang.Mereka datang dengan membawa hadiah.Majlis hari jadiku dimulakan dengan bacaan doa selamat.Selepas itu,aku memotong kek.Tetamu yang datang dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih.

    Aku sungguh seronok dapat berjumpa kawan-kawan.Aku menerima hadiah berupa jam tangan daripada ayah.Aku berasa sungguh gembira....
 

Submit a comment:

Name