Welcome!

Contoh Karangan UPSR: faedah-faedah bersukan, by muhammad haykal
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor muhammad haykal
Title:faedah-faedah bersukan
2010-02-20 02:41
         Sukan ditakrifkan sebagai satu bentuk kegiatan riadah atau senaman dan boleh mengeluarkan peluh.Antara sukan yang biasa dilakukan dan digemari ialah sukan bola sepak,badminton dan berenang.

        

         Kegiatan sukan sering dikaitkan dengan sesuatu yang berfaedah dan memberi manfaat kepada mereka yang melakukannya.Sehubungan dengan itu,sebagai seorang pelajar sudah semestinya sukan akan memberikan pelbagai faedah kepada kita.

         Ini adalah antara faedah-faedah yang boleh kita perolehi daripada bersukan iaitu boleh menjadikan badan kita kuat dan cergas.Selain itu,bersenam dapat menghilangkan lemak-lemak yang berlebihan di dalam badan dan boleh mendapatkan berat badan yang ideal.

         Lebih-lebih lagi,bersukan juga boleh meningkatkan antibodi di dalam badan kita dan boleh terhindar daripada sebarang penyakit.Ia juga boleh mengisi mengisi masa lapang kita supaya terhindar daripada melakukan sebarang aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

         Dalam pada itu,bersukan dapat membantu peredaran darah supaya berjalan dengan lancar.Tambahan pula,bersukan dapat meningkatkan lagi kemahiran bersukan dan boleh melibatkan diri dalam acara sukan.Pada waktu yang sama,ia dapat mengharumkan nama negara dan boleh memajukan negara.

         Sekiranya kita tidak melakukan sebarang aktiviti sukan badan kita akan menjadi lemah dan fikiran tidak akan cerdas.Jadi setelah kita mengetahui segala faedah yang baik dan boleh diperolehi dari aktiviti sukan,marilah kita sama-sama melakukannya demi kesihatan badan dan kecerdasan fikiran.
 

Submit a comment:

Name