Welcome!

Contoh Karangan UPSR: acara kejohanan olahraga tahunan, by shahira bdk smk seri tasik
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur shahira bdk smk seri tasik
Title:acara kejohanan olahraga tahunan
2010-02-15 17:09
    Pada tarikh 27 februari 2010,iaitu bersamaan pada hari sabtu,sekolah saya telah mengadakan acara kojohanan olahraga tahunan.Kejohanan tersebut bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik.Acara kejohanan tersebut dimulakan pada pukul 8.00 pagi.

    Kejohanan Olahraga tahunan pada tahun ini telah disertai seramai 65 orang anggota untuk setiap pasukan mengikut rumah sukan.Empat buah rumah sukan turut menyertai pertandingan tersebut iaitu Temenggung,Bendahara,Laksamana dan Syahbandar.Antara kategori acara yang diadakan ialah larian 200 meter,4 kali 400,lompat pagar,lompat galah dan sebagainya bagi kategori menengah atas dan bawah.

    Ibu bapa mulai hadir seawal pukul 8.00 pagi dan memenuhi khemah tetamu yang disediakan.Manakala jemputan tetamu khas pula tiba pada pukul 8.15 pagi.Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia tepat pada pukul 8.45 pagi.

    Selepas doa dan ikrar dibacakan,acara-acara sukan pun bermula.Acara dimulakan oleh perbarisan kontinjen rumah-rumah sukan tepat padapukul 9.00 pagi.Acara-acara balapan yang dijalankan ialah acara lumba lari 200 meter.Acara yang paling menarik ialah 4 kali 400 meter antara sekolah.

    Para pemenang telah menerima hadiah semasa upacara penyampaian hadiah.Selain guru besar,beberapa tetamu jemputan turut menyampaikan hadiah.

    Majlis ini berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.Selepas lagu 'Negaraku'dinyanyikan,majlis pun bersurai.Semua hadirin berpuas hati dengan kelancaran Kejohanan Olahraga Tahunan pada tahun ini.
 

Submit a comment:

Name