Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum, by Guwan a/l Sitamparem
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Guwan a/l Sitamparem
Title:Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum
2010-02-15 02:13
            Kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah seperti persatuan unit beruniform serta sukan permainan.Kita boleh memperoleh pelbagai kebaikan jika kita     menyertai aktiviti kokurikulum.

            Pertama,kita dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman.Sebagai contoh,kita tahu cara-cara menyampaikan syarahan jika kita menyertai Persatuan Bahasa Melayu.Kita juga merawat luka ataupun penyakit yang ringan seandainya kita menjadi ahli Persatuan Bulan Sabit Merah

            Di samping itu,kita akan lebih berdirikari,berdisiplin dan berdaya saing melalui sukan bola sepak,pasukan pengakap mahupun kelab rekreasi.Pelbagai kemahiran yang kita lakukan dapat membentuk diri kita menjadi insan yang bertanggungjawab.

            Selain itu,kita boleh diasuh sebagai pemimpin sekiranya kita terpilih menjadi pengerusi persatuan,ketua patrol pasukan pengakap ataupun kapten pasukan hoki.Ciri-ciri kepimpinan diri melalui penyertaan sesuatu akitiviti dapat melatih kita sebagai pemimpin masa hadapan.

            Kita juga dapat mengisi masa senggang.Oleh itu,masa lapang kita sentiasa terisi dengan aktiviti yang berfaedah.Dengan ini,kita tidak mudah terjebak dalam gejala sosial yang tidak menguntungkan seperti melepak,ponteng sekolah dan merokok.

            Dengan ini,jelas terbukti penglibatan dalam aktiviti kokurikulum sangat penting.Sertai dan bergiat aktiflah dalam kokurikulum di sekolah.Kita pasti akan menjadi pewaris kepemimpinan negara yang disegani.    
 

Submit a comment:

Name