Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Merokok Membahayakan Kesihatan, by Athir@h
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak Athir@h
Title:Merokok Membahayakan Kesihatan
2010-02-12 19:05
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang di hormati barisan para hakim yang bijaksana, tuan-tuan dan puan-puan serta rakan pelajar sekalian.

Pada petang yang berbahagia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk 'Merokok Membahayakn Kesihatan'. Rokok diperbuat daripada adunan daun tembakau serta beberapa jenis bahan kimia yang membahayakan kesihatan.

Hadirin sekalian,

Pada hari ini berbagai-bagai jenis rokok telah diperkenalkan ke seluruh pelosok dunia. Antaranya Dunhill, Camel, Winston dan berbagai-bagai lagi. Di Malaysia, 'Amaran Kerajaan Malaysia : Merokok Membahayakan Kesihatan' dilabelkan di tepi kotak rokok tetapi masih ramai yang tidak mempedulikan amaran tersebut.

Semua anggota masyarakat mengatakan bahawa merokok akan merosakkan paru-paru dan hati dan lama-kelamaan akan menyebabkan kanser yang akan membawa maut. Ini bermakna perokok membunuh dirinya-sendiri perlahan-lahan berbanding dadah.

Oleh yang sedemikian, kenapa harus kita membazirkan wang untuk merokok sedangkan duit itu boleh kita gunakan untuk perkara yang lebuh berfaedah. Menyedari pekara tersebut, saya menyeru agar semua agensi dan anggota masyarakat memainkan peranan mendidik anak-anak dan generasi muda untuk menjauhkan diri dari rokok kerana seorang perokok akan mendekatkan dirinya dengan najis dadah.

Sekian sahaja syarahan saya. Sekian terima kasih.    
 

Submit a comment:

Name