Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Hobi Saya, by Shazza Kamilia Shamshir (SKSA)
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Shazza Kamilia Shamshir (SKSA)
Title:Hobi Saya
2010-02-09 03:11
Setiap orang pasti mempunyai hobi yang tersendiri. Begitu juga dengan saya. Kita perlu mempunyai hobi yang bermanfaat. Hal ini kerana, kita dapat melakukan hobi kita apabila waktu lapang. Antara aktiviti yang dapat kita jadikan sebagai hobi adalah seperti membaca buku, mengumpulkan setem, mengumpulkan poskad dan sebagainya. Hobi saya adalah membaca buku.

Antara bahan bacaan yang selalu saya selalu baca adalah seperti buku cerita, buku rujukan, majalah, akhbar dan banyak lagi.    Membaca buku bukan sahaja dapat manambahkan ilmu pengetahuan, malah ia juga dapat memperbaiki kosa kata kita.

Selain membaca buku, kita juga boleh membaca akhbar untuk mengetahui isu- isu semasa, sama ada di dalam atau di luar negara. Selain membeli akhbar di kedai-kedai, kita boleh melayari internet untuk mengetahui isu- isu terkini dengan lebih pantas. Ini juga dapat menjimatkan wang dan masa.    

Saya juga sering membaca buku cerita untuk meningkatkan kreativiti saya dalam mengarang sesuatu karangan.    Kebanyakan buku-buku cerita yang saya peroleh adalah dari ibu bapa saya. Mereka gemar membawa saya ke pameran-pameran buku, kedai buku dan perpustakaan.

Hobi membaca banyak manfaatnya. Oleh demikan saya dapat mengisi masa lapang dengan mambaca. Dengan membaca saya dapat menambahkan ilmu dalam pelbagai bidang. Seperti saya, saya ingin menjadi seorang angkasawan, jadi saya perlu banyak membaca buku mengenai angkasa. Walaupun demikian, matapelajaran lain juga tidak boleh dilupakan.

Oleh itu, saya ingin menasihati supaya memilih hobi yang dapat mendatangkan hasil yang baik kepada kita. Laksanakan hobi kita dengan bersungguh-sungguh.


 

Submit a comment:

Name