Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Surat kepada Perdana Menteri, by Grace
Contoh Karangan UPSR
Name:Grace
Title:Surat kepada Perdana Menteri
2010-02-07 17:36
Ke hadapan YAB Perdana Menteri, aku suka melihat wajah YAB yang kacak, ceria dan manis, terutamanya ketika YAB senyum.  
 
     Saya telah menggunakan dua minggu untuk memikirkan kandungan surat ini kerana ibubapa saya mahukan saya tuliskan surat ini dengan sendiri. Harap YAB dapat maafkan saya sekiranya surat aku mengandungi kesalahan ejaan, tatabahasa dan sebagainya.  
 
     Setiap hari saya nampak YAB dalam televisyen. YAB selalu memberi ucapan, menghadiri mesyuarat, merasmikan majlis pembukaan dan lain-lain lagi. Walaupun saya belum berdepan dengan YAB, namun saya teramat ingin untuk melihat YAB dengan mata sendiri di hadapan sekiranya ada peluang.  
 
     YAB, saya amat terharu kerana YAB sayang akan rakyat. Terima kasih didahulukan kerana YAB telah memberikan Ang Pau kepada ibu bapa dan menaikkan gaji mereka. Dengan ini, mereka ada lebih banyak duit untuk dibelanjakan dalam rumah.  
 
     Selain itu, saya juga amat gembira kerana pihak kementerian pendidikan telah memperuntukkan duit kepada sekolah saya. Dengan ini bangunan sekolah saya yang diancam oleh anai-anai sudah diselesaikan. Guru besar sekolah saya juga selalu memuji YAB semasa perhimpunan sekolah.  
 
     Semasa YAB menguruskan pentadbiran negara, saya amat kagum dengan kewibawaan YAB dalam bekerjasama dengan parti-parti tidak kira parti pemimpin dan parti pembangkang. Dengan ini, semua projek dan pembinaan dapat disempurnakan dengan lebih lancar. Saya berasa sungguh selesa semasa bapa saya membawa saya dengan keretanya merentasi lebuh raya yang rata lagi indah.  
 
     Dalam isu penjagaan alam sekitar, saya bersyukur dengan dasar kerajaan yang menentang pencemaran alam sekitar. Dengan adanya hutan-hutan yang menghijau, sungai-sungai yang bersih dan pembakaran haram yang dielakkan, negara kita telah memberikan sumbangan yang tidak terhingga dalam menyelamatkan bumi. Aku bersyukur dengan adanya udara yang bersih dan tidak tercemar.  
 
     Terima kasih kerana YAB telah membimbing negara dengan berwibawa. Walaupun dipenuhi dengan cabaran, tekanan dan halangan, YAB tetap mengatasi kesulitan dan mentransform kemasalahan kepada opportuniti. Dengan ini, rakyat tanahair menjadi lebih berani dan mahir.  
 
     Untuk membalas budi baik YAB, aku akan berusaha bersungguh dalam pelajaran dan aktiviti kokulikulum. Aku berhasrat memenangi Hadiah Nobel suatu hari nanti demi membalas budi YAB, demi negara.  
 
     Harap YAB sentiasa sihat, sejahtera dan bahagia.  
 
     I Love You, YAB.  
 
 
Anak Malaysia,  
 
grace  
...............  
(Grace)
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name