Welcome!

Contoh Karangan UPSR: peristiwa yang tak dapat saya lupakan, by sahira
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur sahira
Title:peristiwa yang tak dapat saya lupakan
2010-02-07 14:35
     Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba,aku dan 4 orang rakan telah pergi ke Parkson Grand untuk membeli-belah.Setelah itu kami menjamu selera sambil bertukar khabar berita.Maklumlah kami sudah lama tidak berjumpa.

        Setelah puas bersiar-siar kami pun ke stesen komuter untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba cuaca berubah menjadi buruk. Langit kelihatan gelap dan angin bertiup kencang. Hujan pula turun dengan lebatnya diikuti kilat sambung-menyabung. Kami berlima berpelukan kerana ketakutan dan berdoa agar kami selamat daripada segala malapetaka.

     Tanpa disangka-sangka, sebatang besi yang agak besar jatuh lalu menghempap kepala seorang daripada rakanku, Aida. Dia rebah serta-merta. Darah berlumuran di kepalanya. Kami tergamam.

     Beberapa orang petugas KTM segera menghulurkan bantuan. Aku berlari ke kaunter untuk membuat panggilan kecemasan.

     Ambulans datang dan membawanya ke hospital. Namun dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

     Kini, peristiwa itu menjadi kenangan pilu bagi aku. Kini cuma tinggal potretnya untuk kutatapi. Betapa hari yang sangat menggembirakan menjadi peristiwa sedih yang tidak dapat aku lupakan.
 

Submit a comment:

Name