Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Seperti Kacang Melupakan Kulit, by Muhammad Dzulhilmi
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Muhammad Dzulhilmi
Title:Seperti Kacang Melupakan Kulit
2010-02-07 07:29
    Haji Halim dan Hajah Zainab sepasang suami isteri yang hidup bahagia.Malangnya mereka tidak mempunyai anak walaupun telah mendirikan rumah tangga hampir sepuluh tahun.Untuk menyerikan rumah tangga,mereka telah memelihara seorang anak angkat.Anak angkat mereka bernama Salim.Haji Halim danHajah Zainab memelihara Salim menatang minyak yang penuh.Salim diberi kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

    Selepas keputusan SPMnya diumumkan,Salim telah ditawarkan belajar di Australia dalam jurusan kedoktoran.Haji Halim dan Hajah Zainab amat berbanagga dengan kejayaan anak angkat mereka itu.Enam tahun kemudian,Salim telah lulus dan telah bergelar doktor.

    Haji Halim dan Hajah Zainab menunggu -nunggu kepulangan anak angkat mereka upama menunggu buah yang tak gugur.Salim tidak mahu pulang ke tanah air.Dia mahu menetapi Australia dan bercadang untuk mengahwini seorang wanita Australia.Dia berasa malu untuk membawa bakal isterinya itu pulang menemui ibu bapa angkatnya.

    Ibu bapa angkatnya itu menderita kerana perbuatan Salim Yang telah melupai mereka setelah mendapat kesenangan.Mereka menganggap perbuatan Salim itu tidak ubah seperti kacang lupakan kulit.Namun mereka tetap berdoa agar Salim insaf dan kembali ke pangkal jalan.
 

Submit a comment:

Name