Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Laporan Aktiviti Gotong Royong di Sekolah Kebangsaan Tambun, by Mohammad Danial Effendi (SK Seri Ampang)
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Mohammad Danial Effendi (SK Seri Ampang)
Title:Laporan Aktiviti Gotong Royong di Sekolah Kebangsaan Tambun
2010-02-02 21:07
Pada hari Sabtu,23 Januari 2010 yang lalu suatu aktiviti

Gotong royong telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Tambun dengsn jayanya.Aktiviti ini telah dihadiri oleh para ibu bapa,guru-guru,masyarakat setempat dan murid-murid sekolah kami.Tujan aktiviti ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan sekitar sekolah di samping memupuk sikap kerjasama antara satu sama lain.Selain itu semangat cinta akan kebersihan akan disemai dalam kalangan murid.

Sejak awal-awal pagi lagi,murid-murid dan ibu bapa telah berkumpul di padang sekolahuntuk mendengar taklimat daripada guru yang bertugas.Dalam ucapan ringkas Guru besar,beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir kerana memberikan kerjasama kepada pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti gotong royong ini.Wakil ibu bapa pula,Haji Saad b.Ibrahim mengalu-alukan kehadiran ibu bapadan masyarakat setempat serta berharap agar mendapat kerjasama yang lebih baik lagi pada masa akan datang.

Guru yang bertugas,Encik Zulkifli membahagikan murid-murid dan ibu bapa kepada empat kumpulan.Kumpulan satu diketuai oleh Encik Rajavelu a/l Doraisami.Mereka ditugaskan mambaikiperabot-perabot sekolah yang telah rosak serta membaiki pintu bilik darjah dan tandas.Kumpulan kedua diketuai oleh Encik Abu Bakar b. Sadin yang ditugaskan membersihkan longkang besar yang dipenuhi sampah sarap dan pasir.Manakala, kumpulan ketiga pula yang diketuai oleh Encik Tan Chin Beng mencuci tandas dan kantin sekolah.Tugas membuat mural bahan pula diketuai oleh Encik Samsudin b. Ahmad.Murid-murid sekolah membersihkan kelas masing-masing agar lebih bersih daripada biasa.Antara tugas yang dilakukan ialah membersihkan habuk,mengelap tingkap,menyapu sampah,melapik meja guru dan meja murid dengan kertas dan plastik dan membuang sampah.

Semua pihak memberikan komitmen yang padu untuk menyelesaikan tugas masing-masing.Namun benarlah seperti kata bak pepatah “Malang itu tidak berbau” ketika gotong royong diadakan salah seorang waris murid iaitu Encik Hassan b. Din telah mendapat kecederaan apabila terkena cangkul ketika beliau menggali lubang untuk menanam tumbuh-tumbuhan. Tetapi mujurlah kecederaannya tidak parah dan hanya menerima rawatan pesakit luar.

Aktiviti gotong royong habis pada pukul 11:45 pagi. Guru Besar mengucapkan terima kasih pada pihak yang terlibat kerana memberikan kerjasama.Beliau berharap agar aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan dating.sebelum bersurai peserta telah diberikan makanan dan minuman.Sekian saja laporan aktiviti gotong royong pada tahun ini.Saya berharap agar semua yang terlibat dirahmati Tuhan.

Laporan disediakan            24 Januari 2010                                         oleh,                                                                                                             (Mohammad Danial Effendi)

Setiausaha Aktiviti Gotong Royong

Sekolah Kebangsaan Tambun


 

Submit a comment:

Name