Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Penderaan Kanak-Kanak, by OngSE
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak OngSE
Title:Penderaan Kanak-Kanak
2010-02-02 04:18
     Belakangan ini, berita tentang kes penderaan kanak-kanak sering menghiasi ruangan akhbar tempatan. Anak merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

     Namun, terdapat segelintir masyarakat yang tidak berperikemanusiaan sanggup bertindak kejam dengan mendera kanak-kanak. Umpamanya, penderaan dapat dibahagikan kepada penderaan kekal dan penderaan seksual. Punca-punca penganiayaan kanak-kanak perlu dikenal pasti serta langkah-langkah dinamik dan efektif perlu diambil untuk menangani masalah ini ke akar umbinya.

     Punca-punca berita tentang kes penderaan kanak-kanak sering menghiasi ruangan akhbar tempatan kerana ibu bapa atau penjaga kurang didikan agama. Oleh itu, ibu bapa atau penjaga kanak-kanak akan memukul kanak-kanak tanpa rasa belas kasihan.

     Selain itu, mereka mendera kanak-kanak dengan tidak memikirkan pahala atau dosa. Kalau ibu-bapa yang panas baran, mereka akan memukul anak-anak meraka tanpa memikirkan akibat.

     Di samping itu, ibu bapa menghadapi tekanan di tempat kerja dan berasa letih. Setelah pulang ke rumah, mereka melepaskan kemarahan kepada anak-anak mereka dan memukul anak mereka sehingga cedera.

     Cara-cara untuk menyelesaikan kes ini adalah peranan kerajaan dengan mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan kasih-sayang. Kasih sayang teras keluarga bahagia.

     Selain itu, para guru di sekolah turut harus memberi perhatian sekiranya terdapat pelajar yang cedera, atau sedih dengan tiba-tiba. Dengan ini, kesan yang lebih serius dapat diatasi sebelum terlambat.

     Menuju negara maju menjelang 2020, rakyat harus memberi perhatian terhadap kes-kes penderaan yang kain meningkat, terutamanya semasa kemelesatan ekonomi. Kanak-kanak merupakan bakal pemimpin negara yang membawa kepada kemajuan negara. Oleh itu, mereka harus dipelihara daripada didera.
 

Submit a comment:

Name