Welcome!

Contoh Karangan UPSR: pengalaman bercuti, by nurfaraha raihan
Contoh Karangan UPSR
Name:Australia nurfaraha raihan
Title:pengalaman bercuti
2010-01-24 17:00
Pada cuti sekolah yang lalu,kami sekeluarga pergi bercuti ke Melaka,bandar yang bersejarah.

Di situ kami menginap di tempat penginapan yang bernama "hotel green days".Antara tempat-tempat yang kami lawat ialah

Zoo Melaka,Taming Sari dan banyak lagi.

Semasa berada di zoo tersebut,terdapat pelbagai jenis haiwan

yang berada di situ.Terdapat juga beberapa jenis haiwan yang semakin pupus di muka bumi ini seperti gajah,zirafah dan badak sumbu.

    Kami dipandu oleh seorang juru pandu yang sangat mesra.Dia juga telah menerangkan pelbagai info yang lebih terperinci.

Selepas melawati zoo tersebut kami meluangkan masa kami sekeluarga di Menara Taming Sari yang berada berdekatan dengan zoo itu.

Sewaktu berada di dalam menara yang bergerak    kami berasa agak gayat kerana berada terlalu tinggi.Apabila kami berada di tingkat atas menara itu,kami boleh melihat pemandangan indah di sekeliling bandar Melaka.

Apabila kami dengar azan Zuhur berkumandang,kami segera bergegas ke masjid yang berdekatan.Selepas menerima sahutan ilahi,kami pun pergi melawat ke taman buaya.

Di situ,kami boleh melihat sekumpulan buaya melukis,menari dan banyak lagi.Ada juga kerenah buaya yang menggelikan hati para penonton kerana ia melarikan dirinya daripada tuannya sendiri!

Pada esok harinya,kami sempat menyinggah di Kota A-Famosa,kota yang bersejarah.Kami sempat bergambar di lokasi jajahan portugis itu.

Akhirnya,lawatan kami buat kali terakhirnya kami pergi melawat ke Muzium Negara.Di situ,kami juga dapat melihat benda-benda yang bertahun lamanya,peninggalan moyang-moyang kita dan banyak lagi.

Kami juga sempat melihat jenis-jenis rumah yang berada diseluruh Malaysia ini.Alangkah bertuahnya kami kerana kami boleh melawat pelbagai tempat di Melaka ini!

Kami berasa agak sedih kerana terpaksa meninggalkan tempat percutian kami yang seronok itu.Kenangan kami sekeluarga bercuti bersama akan saya ingat selalu.
 

Submit a comment:

Name