Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Guru Yang Paling Saya Hormati , by Kastturi Selvam
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Kastturi Selvam
Title:Guru Yang Paling Saya Hormati
2010-01-23 12:12
 
 
 
 
         Saya adalah murid darjah 6 Krishna.Ramai guru yang mengajar    kami.Di antara para guru ini,guru yang paling saya hormati ialah Cik Sandara.

         Cikgu Sandara adalah seorang guru pempuan yang berumur lebih kurang 30 tahun.Dia mengajar kami Matematik.Dia tidak pernah menunjukkan muka garang di dalam bilik darjah.Dia mengajar kami dengan penuh sabar.

         Oleh sebab itu semua murid berminat dalam pelajaran Matematik.Apabila kami menghadapi masalah dalam pelajaran, Cikgu Sandara akan menolong kami tanpa sebarang rungutan.Dia tidak pernah mendenda murid yang lemah dalam pelajaran.Sebaliknya, dia akan menasihatkan murid yang lemah itu supaya belajar dengan bersungguh-sungguh.

         Di bawah,bimbingan Cikgu Sandara,kami mendapat markah yang baik dalam mata pelajaran matematik.Semua murid sayang dan hormat kepada Cikgu Sandara, sebab dia adalah seorang guru yang peramah dan bertimbangrasa.

    
 

Submit a comment:

Name