Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah Kelas Tambahan Di Sekolah, by Nurain Jazmina (sk taman jana,6 ibnu sina)
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Nurain Jazmina (sk taman jana,6 ibnu sina)
Title:Faedah Kelas Tambahan Di Sekolah
2010-01-23 01:36

    

Ramai ibu bapa yang merungut tentang bayaran kelas tuisyen yang semakin mahal.Terutamanya orang-orang kampung.Oleh itu,guru-guru di sekolah telah mengadakan kelas tambahan di sekolah tanpa sebarang bayaran.Banyak faedah yang kita dapat sekiranya kita menghadiri kelas tambahan di sekolah.

     Antara faedahnya ialah dapat menjimatkan wang.Sekiranya orang miskin,mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi.Disebabkan itulah,guru-guru dan pihak sekolah mengadakan kelas tambahan secara percuma.

     Kelas tambahan yang biasanya dijalankan memberikan lebih kefahaman kepada murid-murid.Murid-murid yang lemah akan diberikan lebih tumpuan kerana kelas ini tidak menekankan silibus.Oleh itu,kelas ini banyak membantu murid-murid sederhana dan lemah untuk menguasai kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran.

     Selain itu,kelas tambahan juga memberi peluang kepada murid-murid untuk bertanya dan mendapatkan maklumat tentang mata pelajaran yang tidak difahami oleh mereka.Semasa di dalam sesi kelas biasa,murid-murid kekurangan masa untuk bertanya dan bersoal jawab dengan guru mereka.Oleh itu,semasa berada di dalam kelas tambahan,guru dan murid dapat berinteraksi dengan lebih dekat untuk meningkatkan penguasaan sesuatu mata pelajaran.

     Seterusnya,kelas tambahan juga membantu murid-murid mengulang kaji secara terancang , terutamanya pada waktu cuti persekolahan.Dengan adanya kelas ini,mereka tidak membuang masa begitu sahaja.Masa bukan sahaja dapat diisi dengan kegiatan yang berfaedah,malah murid-murid dapat meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran.

     Kesimpulannya,kelas tambahan banyak membawa manfaat kepada murid-murid.Oleh itu,ibu bapa harus menggalakkan anak-anak mereka mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.    


 

Submit a comment:

Name