Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Jika saya anak orang kaya., by Aifah
Contoh Karangan UPSR
Name:Terengganu Aifah
Title:Jika saya anak orang kaya.
2010-01-22 16:21
         Ramai orang mengimpikan ingin menjadi anak orang kaya. Lebih-lebih lagi jika dilahirkan dalam keluarga miskin yang serba kekurangan.Saya juga mempunyai impian ingin menjadi anak orang kaya.

         Jika saya anak orang kaya,kehidupan saya akan menjadi lebih bahagia.Saya dapat tinggal di rumah besar yang lengkap dengan perabot yang mewah-mewah.Saya juga akan mempunyai orang gaji yang ramai untuk melakukan kerja rumah.    Setiap hari akan disajikan dengan hidangan yang sedap-sedap belaka.Justeru,saya mempunyai banyak masa untuk bersama keluarga.

                Selain itu,saya tidak perlu bersusah payah mengayuh basikal seperti sekarang ini untuk pergi ke sekolah.Saya juga tidak perlu risau tentang cuaca sama ada hujan atau panas.Saya akan dihantar dan dijemput oleh pemandu peribadi saya dengan menaiki kereta besar.Alangkah seronoknya saya jika saya anak orang kaya.

                Pada setiap hari,saya akan mendapat duit poket yang banyak.Saya juga akan dapat menghadiri kelas-kelas tuisyen berbayar atau membayar guru tuisyen mengajar di rumah. Justeru,saya dapat memperbaiki prestasi pelajaran saya serta mendapat keputusan yang cemerlang.Peluang saya untuk menyambung pelajaran ke luar negara juga akan ter capai dengan mudahnya.

             Menjadi anak orang kaya juga membolehkan saya melihat tempat-tempat menarik di seluruh dunia.Pada setiap tahun,keluarga saya akan membawa saya bercuti ke tempat-tempat tersebut.Saya juga akan berpeluang menaiki kapal terbang dan ka[al persiaran yang belum pernah saya naiki. Setiap percutian itu sudah pasti akan memberi pengalaman baru kepada saya dan dapat menyaksikan pelbagai adat resam bangsa lain di dunia ini.

             Sesungguhnya,saya amat mengimpikan ingin menjadi anak orang kaya.Namun begitu,saya juga sedar jika menjadi anak orang kaya berkemungkinan saya akan diculik.Seandainya saya menjadi anak orang kaya saya akan mempelajari seni mempertahankan diri.
 

Submit a comment:

Name