Welcome!

Contoh Karangan UPSR: cara belajar berkesan[dialog], by Farah
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Farah
Title:cara belajar berkesan[dialog]
2010-01-20 18:45
    Keputusan peperiksaan UPSR baru sahaja diumumkan.Shikin telah mendapat keputusan yang cermelang dalam peperiksaan tersebut.Sarah telah ke rumahnya untuk bertanya tentang cara-cara belajar dengan berkesan agar dia juga akan mendapat keputusan yang cermelang.

     Sarah    : Taniah,,Kak Shikin!Saya sungguh bangga apabila                             mendengar berita yang mengatakan Kak Shikin mendapat semua A dalam peperiksaan UPSR yang baru diumumkan.

     Shikin : Terima kasih.Saya bersyukur mendapat keputusan sebegitu.Seluruh ahli keluarga saya turut gembira.

     Sarah    : Bolehkan kakak memberitahu saya cara-cara untuk berjaya dengan cemerlang?

     Shikin : Boleh.Saya selalu memberi tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas,mengadakan kumpulan perbincangan dengan rakan-rakan,dan membuat ulangkaji sekurang-kurangnya 3 jam sehari.

     Sarah    : Adakah kakak juga pergi ke kelas tuisyen?

     Shikin : Ada.Kelas tuisyen itu boleh membantu kita dalam pelajaran dengan syarat kite mestilah menggunakan peluang yang ada itu sebaik mungkin.Gunakan kesempatan atau peluang yang ada itu untuk bertanya guru sekiranya ada mana-mana topik yang tidak kita fahami.Hal ini demikian kerana jumlah pelajar dalam kelas tuisyen agak sedikit dan guru lebih dekat dengan kita.

     Sarah    : Kak Shikin,sebenarnya saya malulah hendak bertanya.Kawan-kawan selalu mengejek kita jika kita bertanya kepada guru.

     Shikin : Itu tindakan yang salah.Jika kita bertanya,kita tidak akan faham topik yang diajar oleh guru.Kadangkala topik itu bersangkutan dengan topik yang lain.Hal ini menyebabkan topik yang lain juga tidak kita fahami.

     Sarah    : Terima kasih Kak Shikin.Saya mesti belajar dengan bersungguh-sungguh agar mendapat keputusan yang cemerlang.

     Shikin ;:Sama-sama.

Sarah pun meninggalkan Shikin lalu pulang ke rumahnya dengan semangat dan azam yang kuat untuk mendapat 5A dalam UPSR yang akan datang.

    

read and comment pleassse.....^.^
 

Submit a comment:

Name