Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman Semasa Balik Ke Kampung, by Sonia Maniam
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah Sonia Maniam
Title:Pengalaman Semasa Balik Ke Kampung
2010-01-19 02:14
Pada cuti penggal yang lalu,saya dan keluarga telah pun balik ke kampung.Kami berasa sungguh gembira kerana sudah lama kami tidak bejumpa dengan datu dan nenek.

Kami bertolak pada pukul 9:30 pagi.Semasa dalam perjalanan,kami melihat pemandangan yang indah seperti dusun,kebun,bukit-bakau dan juga bangunan-bangunan yang tinggi.

Setelah,kami sampai abang,kakak dan saya telah bersalaman dengan datuk dan nenek.Datuk dan nenenk memeluk kami dengan gembira.

Abang,kakak dan saya berehat kerana penat.Datuk telah mengajak kami untuk bermandi-manada di sungai.Ibu menasihati saya agar berhati-hati jika sedang bermandi-manda di sungai.

Ayah sedang memancing manakala datuk sedang melihat kami bermandi-manda di sungai.Setelah kami bermandi-manda di sungai kami ke dusun datuk untuk melihat pelbagai jenis buah-buahan.

Antara buah-buahan yang terdapat di dusun datuk ialah manggis,durian,rambutan,mangga dan juga anggur.Abang menolong datuk menjolok buah-buahan.

Manakala saya dan kakak sedang meletakkan buah-buahan ke dalam bakul.Kami ke pasar tani untuk menjual buah-buahan tersebut.Datuk berasa sungguh gembira kerana telah mendapat keuntungan yang lumayan.

Ayah berasa sungguh gembira kerana telah mendapat banyak ikan keli.Ibu membantu nenek memasak manakala abang dan kakak menolong datuk memberi makana kepada ayam dan itiknya.

Setelah kami lama di kampung kami terpaksa pulang ke bandar.Abang,kakak dan saya berasa sungguh sedih dan berat hati untuk meninggalkan datuk dan nenek.

Kami berjanji akan melawat datuk dan nenek pada musim cuti yang akan datang.
 

Submit a comment:

Name