Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Laporan Majlis Hari Kecemerlangan (Ingat! Tulis tajuk!), by salimi amni
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan salimi amni
Title:Laporan Majlis Hari Kecemerlangan (Ingat! Tulis tajuk!)
2010-01-17 21:16
Pada 5 Februari 2010, Sekolah Kebangsaan Kutan telah mengadakan Majlis Hari Kecemerlangan kali ke-15. Tetamu kehormat yang merasmikan ,majlis tersebut ialah Pengarah Pelajaran Negeri.

         Tujuan utama majlis diadakan adalah    untuk menghargai dan mengiktiraf kejayaan murid-murid dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2009. Selain itu, murid-murid yang berjaya dalam pelbagai    aktiviti kokurikulum turut dihargai. Majlis itu juga merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan sekolah.

         Pelbagai jenis hadiah telah disampaikan pada hari itu. Hadiah utama telah disampaikan kepada Nurul Adawiyah binti Rahim. Nurul Adawiyah ialah murid terbaik dalam UPSR peringkat kebangsaan pada tahun 2009. Murud-murid yang cemerlang dalam peperiksaan akhir pada tahun lepas juga menerima hadiah masung-masing.

         Seorang lagi murid, Ahmad Asyraf bin Sebari, telah menerima hadiah khas kerana menjadi juara dalam pertandingan badminton perseorangan peringkat Zon Selatan bawah 12 tahun pada tahun 2009. Pemenang pelbagai pertandingan kokurikulum peringkat negeri juga menerima hadiah.

         Persembahan pentas turut diadakan    pada hari itu. Kumpulan koir, kumpulan tarian dan beberapa orang murid yang mempersembahkan nyanyian secara solo telah menghibur para hadirin. Apabila selesai majlis dewan, Pengarah Pelajaran Negeri menyaksikan tunjuk cara pembelajaran di makmal komputer. Kemudian, Pengarah Pelajaran Negeri turut merasmikan Teratak Ilmu, iaitu pondok bacaan yang kos pembinaannya disumbangkan oelh seorang dermawan. Dermawan itu ialah bekas murid sekolah tersebut.

         Majlis pada hari itu tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Pengarah Pelajaran Negeri memuji segala usaha murni pihak sekolah untuk menjadikan Seklah Kebangsaan Kutan sebagai sekolah yang cemerlang.

Disediakan Oleh,                                                    10 Februari 2010

Salimi

(Salimi Amni binti Adnan)

Ketua Pengarang,

Sidang Redaksi Majalah Sekolah Kebangsaan Kutan.
 

Submit a comment:

Name