Welcome!

*|*1*|*Contoh Karangan UPSR: Kepentingan Makanan Seimbang, by isya
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka isya
Title:Kepentingan Makanan Seimbang
2010-01-16 12:30
         Kita memerlukan makanan untuk memperoleh tenaga,membesar,bergerak dan melakukan kerja-kerja harian.Makanan yang dimakan pula mestilah seimbang.Makanan yang seimbang mengandungi karbohidrat,protein,minyak,lemak,vitamin dan garam galian.

         Karbohidrat membekakalkan tenaga untuk membantu kita berkerja,bermain dan memanaskan badan.Karbohidrat banyak terkandung dalam gula dan kanji.Walau bagaimanapun,pengambilan karbohidrat yang berlebihan akan menyebabkan kegemukan.

         Protein ialah zat yang membina tubuh.Antara makanan yang mengandungi protein termasuklah daging,ikan dan telur.Lemak dan minyak pula membekalkan tenaga dan haba kepada kita.

         Garam galian ialah suatu zat yang berguna untuk mencegah penyakit.Kalsium menjadikan tulang dan gigi kita kuat.Zat besi pula diperlukan untuk membina darah.Kekurangan zat besi dapat menyebabkan seseorang berasa letih dan pucat.

         Justeru,kita mestilah mengamalkan makanan yang seimbang supaya kesihatan terjamin.Di samping itu,minumlah air yang mencukupi dan bersenam.Jangan menagih dadah,merokok atau minium minuman keras.Gaya hidup yang sihat jadikan amalan.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name