Welcome!

Contoh Karangan UPSR: laporan lawatan ke bandar melaka, by salimi amni
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan salimi amni
Title:laporan lawatan ke bandar melaka
2010-01-16 08:11
                         Laporan Lawatan ke Bandar Melaka

        Pada 10 julai 2009, ahli rombongan Sekolah Kebangsaan Zainab(2) ke Melaka. Seramain 40 orang murid menyertai rombongan itu dan 5 orang guru pengiring untuk membimbing mereka ketika berada di sana.

        Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan murid tenteng sejarah negeri Melaka. Ia juga bertujuan me pertingkatkan lagi semangat patriotisme dalam diri setiap murid.

        Semua murid dikehendaki berkumpul untuk mendengar taklimat sebelum menaiki bas dan bertolak ke Melaka. Semua murid beratur untuk menaiki bas. Masa mengambil selama satu jam untul sampai ke lokasi. Setelah satu jam, semua orang yang menaiki bas itu tiba ke destinasi.

        Apabila sampai di Melaka, guru-guru membuat beberapa kumpulan dan mengikut guru masing-masing untuk ke hotel. Pada hari pertama di sana, mereka tidak ke mana-mana selain keluar untuk makan malam.

        Pada hari kedua, mereka semua munuju ke destinasi yang pertama ketika berada di sana iaitu, lawatan ke Kota A Famosa. Kota A Famosa itusudah hampir 500 tahun usianya. Koota itu juga sungguh unik dan menarik. hamir semua murid bergambar di hadapan kota itu.

        Pada hari ketiga pula, mereka    pergi melawat Memorial Kemerdekaan. Bangunan Memorial Kemerdekaan itu unik dan ianya berbentuk seperti kapal. Murid-murid sungguh kagum dengan perjuangan pejuang-pejuang askar melayu yang menuntut kemerdekaan untuk negara tercinta.

        Pada hari keempat, mereka semua sudah menyimpan semua barang-barang dan bersedia untuk pulang. sebelum bertolak, mereka singgah melawat Muzium Negeri Melaka dahulu. Disana terdapat banyak barangan-barangan purba.

     Mereka semua berasa sangat seronok kerana dapat melawat tempat-tempat bersejarah yang terdapat di Melaka. Mereka semua berharap agar lawatan begini diadakan lagi pada tahun hadapan ti tempat lain, kerana lawatan begini banyak faedahnya.

Disediakan Oleh,

salimi

(Salimi amni bt Adnan)

Setiausha ahli rombongan

lawatan sekolah.


 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name