Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Isu Dadah, by Azyan Sweet Girl
Contoh Karangan UPSR
Name:Perlis Azyan Sweet Girl
Title:Isu Dadah
2010-01-13 23:38
Yang saya hormati Tuan Pengerusi majlis,Guru Besar,Para Hakim yang arif lagi bijaksana,Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Pada hari ini,izinkan saya Azyan Wahidah binti Abdul Latif untuk menyampaikan pidato saya yang bertajuk "Isu Dadah".Apabila anda mendengar ungkapan 'Enam Jahanam',apakah yang anda semua fikirkan?Adakah itu sebuah cerita dongeng daripada Tan Sri P.Ramlee atau sebuah nama kumpulan penjenayah yang dikehendaki polis?

Anda semua harus faham bahawa enam jahanam adalah rangkaian enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius,enam rangkaian tersebut ialah kokain,heroin,morfin,syabu,kanabis dan ecstasy.Isu dadah di negara kita berada pada tahap yang bahaya.Oleh itu kerajaan telah mengistiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi.Kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.

Apakah sebenarnya dadah?Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan yang mengandungi bahan kimia yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menghayalkan,ketagihan dan gangguan tingkah laku.

Penyalahgunaan yang berterusan boleh mendatangkan kesan dan kerosakan diri,keluarga,masyarakat dan negara.

Pada tahun 1960-an,negara kita mula mengalami masalah dadah,golongan remaja terpengaruh dengan askar-askar Amerika yang melancong ke Pulau Pinang.Sebahagian besar penagih dadah di negara kita terdiri    daripada golongan remaja antara 15-29 tahun.Antara sebab utama mereka terpengaruh ialah kerana sikap ingin mencuba,keseronokan,pengaruh rakan-rakan sebaya,tekanan emosi,kegagalan,tidak mendapat kasih sayang ibubapa dan kerana kemewahan.

Hal ini menunjukkan sekolah boleh memainkan peranan dalam membasmi najis dadah sebelum menjadi bencana.Pada tahun 2005,Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK)telah melancarkan kempen dan program pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia dan pelajar sekolah.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok.Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok,apabila rokok tidak memberi kepuasan mereka beralih pula kepada ganja dan sekiranya ganja tidak boleh memberikepuasan mereka akan beralih kepada heroin dan morfin.

         Kesimpulannya,kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memeranggi dadah.Najis dadah harus kita kuburkan dan wujudkan suasana dadah yang sifar.Kita tiada slogan yang lain di hati kita hanya satu iaitu'Perangi Dadah Habis-Habisan'.

Akhir kata dari saya

Sekian terima kasih.....
 

Submit a comment:

Name