Welcome!

Contoh Karangan UPSR: cara menjadi pelajar cemerlang, by Nurain Jazmina Bt Jamaludin
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Nurain Jazmina Bt Jamaludin
Title:cara menjadi pelajar cemerlang
2010-01-08 20:16
Semua pelajar pasti bercita-cita ingin menjadi pelajar yang cemerlang.Untuk menjadi pelajar cemerlang,banyak cara dan pelbagai usaha yang kita perlu lakukan.

     Kita hendaklah menghormati ibu bapa kita untuk berjaya.Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.Selain itu,pelajar mestilah mempunyai jadual belajar.Pelajar mestilah pandai membahagi masa antara waktu belajar dan waktu bermain.

     Selain itu,pelajar hendaklah selalu mengulangkaji pelajaran.Guru selalu mengingatkan kita supaya selalu mengulangkaji pelajaran yang telah lepas.Pelajar mestilah selalu menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar.Fikiran kita hendaklah selalu tenang dan barulak kita tidak akan stress semasa belajar.

     Pelajar hendaklah mempunyai tidur yang mencukupi supaya pelajar tidak berasa mengantuk apabila belajar di dalam kelas.Biasanya,pelajar mestilah tidur selama 8 jam.

     Pemakanan seimbang sangat penting kepada pelajar.Jika minda kita cerdas,kita tidak akan mengantuk di dalam kelas dan pelajaran mudah untuk difahami.Jadi,elakkanlah makanan ringan dan minuman berkarbonat,tetapi lebihkanlah makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta minumlah air kosong selalu.

     Kesimpulannya,banyak cara dan cabaran yang perlu kita tempuhi untuk menjadi pelajar cemerlang.Pelajar hendaklah berusaha dan mengorbankan masa untuk perkara lain supaya dapat menjadi pelajar yang cemerlang dan berjaya dalam hidupnya.


 

Submit a comment:

Name