Welcome!

Contoh Karangan UPSR: ucapan_perpisahan guru kelas, by umyra
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah umyra
Title:ucapan_perpisahan guru kelas
2009-12-13 19:45
        Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,yang diraikan Cikgu Nazariah Nazri,Guru Besar,guru-guru dan rakan-rakan sekelian.Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.

        Berdirinya saya disini adalah untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang berucap.Saya sebagai wakil murid tahun enam disini adalah untuk berucap bagi meraikan majlis perpisahan cikgu Nazariah yang melanjutkan pelajaran ke pusat Pengajian Tinggi di Universiti Malaya.

        Cikgu Nazariah telah berkhidmat sebagai guru disekolah ini selama 12 tahun.Beliau pernah bertugas di Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri sejak 5 tahun yang lalu.Beliau juga pernah bertugas di Sarawak selama 4 tahun.

        Beliau merupakan guru kaunseling.Beliau juga telah membimbing murid-murid dalam pertandingan pidato hingga ke peringkat daerah.Beliau juga pernah melatih pemain bola baling hingga berjaya ke peringkat negeri.

        Sikap beliau ialah guru yang bertanggungjawab,prihatin dengan masalah murid-murid.Beliau juga merupakan seorang yang cekal dan tidak mudah putus asa jika terpaksa melalui beberapa rintangan di sekolah tersebut.Beliau tegas dalam tugasan tetapi baik hati,periang dan penyayang.

        Harapan beliau sentiasa mengharapkan murid-muridnya supaya tidak mudah putus asa,brusaha dengan gigih dan yakin pada diri sendiri.Harapan kami agar beliau berjaya mencapai cita-cita dan tidak melupakan kami.

        Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan doakan kejayaan kami.Kami ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan kami.Kami semua ingin mengucapkan selamat berpisah dan semoga berjumpa lagi.

Sekian,terima kasih.
 

Submit a comment:

Name