Welcome!

Contoh Karangan UPSR: MENGISI MASA LAPANG, by UMYRA
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah UMYRA
Title:MENGISI MASA LAPANG
2009-12-12 03:38
        Masa lapang harus diisi dengan aktiviti yang berfaedah.Ini penting untuk memastikan masa tidak berlalu begitu sahaja.

        Kita mestilah membantu ibu bapa di rumah supaya dapat meringankan tugas atau beban mereka.Kita juga dapat mewujudkan sikap kerjasama dan rasa kasih sayang yang mendalam.

        Kita juga dapat mengisi masa lapang dengan membaca buku dan mengulangkaji pelajaran.Ia juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan prestasi pelajaran secara berterusan.Ia juga boleh dijadikan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan.

        Kita mestilah melakukan aktiviti yang berfaedah.Ia dapat melatih diri memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya.Kita juga dapat menjauhkan diri dari gejala yang tidak sihat seperti melepak.

        Selain itu,ia juga boleh menikmati riadah bersama keluarga atau rakan-rakan.Ia juga boleh mengadakan aktiviti perkhemahan atau berkelah supaya dapat mengeratkan perhubungan kekelurgaan atau persahabatan.Ia juga dapat melapangkan buah fikiran daripada kita berfikir akan perkara-perkara yang negatif.

        Tuntasnya,masa yang diisi dengan baik akan menyedarkan kita betapa berharganya masa dalam kehidupan.Seperti kata pepatah "masa yang belalu,tidak akan kembali lagi" dan "masa itu emas"jangan disia-siakannya.
 

Submit a comment:

Name