Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kapal terbang impian saya, by M.Gauthem
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor M.Gauthem
Title:kapal terbang impian saya
2009-12-11 05:07
    Kapal terbang merupakan sabuah kenderaan yang membawa manusia ke sebuah tempat yang jauh dalam masa yang singkat.Memandangkan kepentingan tersebut,tidak hairanlah setiap orang mengidamkan sebuah kapal terbang idaman sendiri.Seperti orang lain saya juga mempunyai kapal terbang impian saya sendiri.

    Kapal terbang itu akan saya bina sendiri agar menepati segala cita rasa saya.saya akan mengunakan alat-alat yang berkualiti tinggi agar kapal terbang saya dapat terbang dengan lancar.

    Saya akan membinanya lebih luas dan besar untuk menyimpan tiga buah kapal air 'Disney'dan dua buah kapal terbang 'Air Asia'.Ia juga dinamakan 'Air Bus'.Saya akan melengkapkan kapal terbang saya dengan segala kemudahan termasuklah sebuah kolam renang,gimnasium,pawagam,restoran makanan cafe,bilik tidur dan tandas.

     Bukan sahaja mewah tetapi ia dibuat dengan sistem keselamatan seperti bag udara dan jaket keselamatan.

Saya juga akan memasang kapal terbang saya dengan alat kawalan automatik supaya barang pencerobohan akan dapat dikesan dengan mudah.

     Kapal terbangku terbang secara automatik yang canggih tanpa juruterbang.Bukan sahaja penumpang padahal pesawat ini mempunyai tempat khas untuk haiwan.

     Akhirnya saya berharap suatu hari nanti impian saya akan menjadi kenyataan. Malas berdayung perahu hanyut.Seseorang itu tidak akan berjaya jika malas berusaha.
 

Submit a comment:

Name