Pada 16 Mei 2007,Sekolah Kebangsaan Sarikei telah menganjurkan sambutan Hari Guru.Tujuan majlis tersebut adalah untuk menghargai pengorbanan guru-guru selama ini.Setiap murid tertunggu-tunggu hari yang amat bermakna itu.
Majlis bermula tepat jam 8.00 pagi dengan sesi ucapan.Mula-mula ucapan Ketua Pengawas,Azar Ahmad,dengan menyatakan penghargaan terhadap komitmen guru dalam menjalankan tugas.Kemudian ucapan Tuan Guru Besar,Cikgu Mohad.Noh Mazuki.
Kemudian diadakan acara sukaneka di padang yang melibatkan guru dan murid.Diadakan juga pertandingan bola sepak dan bola jaring antara guru dan murid.Acara khusus untuk guru pula adalah meniup belon, makan epal, damn meniup tepung.
Kira-kira jam 10.30, murid -murid diberikan aktiviti bebas.Ada murid yang ke kantin untuk mengalas perut dan ada yang menemui guru masing-masing
untuk memberi hadiah.Murid-murid diberikan sepotong aiskrim sumbangan.
Tepat jam 11.15 pagi diadakan persembahan kebudayaan.Murid tahun enam menunjukan kebolehan menyanyi dan berdrama.
Setiap aktiviti yang dijalankan mendapat gemuruh.Pada majlis seperti inilah murid-murid tahu
akan kebolehan guru.
Majlis berhakir jam 12.45 tengah hari.Majlis akhirnya bersurai dengan air muka murid-murid dan guru-guru.Kegembiraan guru ialah kegembiraan murid-murid.
Laporan disediakan oleh,
mogana
(MOGANA DEVI)
SETIAUSAHA,
AJK Sambutan Hari Guru. |