Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kebaikan Amalan Berjimat Cermat., by Nur Dzakirah binti Jantan
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka Nur Dzakirah binti Jantan
Title:Kebaikan Amalan Berjimat Cermat.
2009-12-02 22:22
     Berjimat ialah berhati-hati atau berhemat membelanjakan wang. Amalan berjimat cermat merupakan amalan yang mulia. Kita dapat menggunakan wang dengan bijak melaluiamalan berjimat cermat. Bak kata bidalan, "Cermat Masa Banyak, Jimat Masa Sikit".

     Amalan berjimat cermat mestilah dimulakan sejak dari kecil lagi. Ibubapa perlulah menggalakkan anak-anak mereka menabung. Dengan menabung dapat melatih anak-anak supaya sentiasa berjimat cermat ketika berbelanja.

     Berjimat cermat membolehkan seseorang itu menabung. Mereka boleh menggunakan wang simpanan mereka jika mengalami masalah kewangan. Mereka tidak perlu bersusah payah meminjam wang daripada keluarga, rakan ataupun bank.

     Seseorang yang berjimat cermat sentiasa memikirkan bagaimana untuk menyimpan wang supaya dapat menggunakannya semasa diperlukan. Seseorang itu akan sentiasa memastikan barangan yang hendak dibeli itu diperlukan olehnya. Mereka tidak perlu meminta wang daripada ibubapa mereka untuk membeli barang keperluan mereka.

     Orang yang berjimat boleh melaburkan wang mereka dalam bank. Mereka akan memperolehi faedah dari hasil pelabuhan mereka. Seperti kata bidalan "ayam bertelur di padi". Mereka boleh mengeluarkan wang pelaburan sekiranya diperlukan.

     Amalan berjimat cermat membolehkan seseorang sentiasa bersedia menghadapi sebarang kecelakaan yang akan berlaku. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Amalan berjimat cermat dapat mengelakkan diri kita dari suka membazir.
 

Submit a comment:

Name