Welcome!

Contoh Karangan UPSR: lawatan ke pusat sains negara, by afifa
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah afifa
Title:lawatan ke pusat sains negara
2009-12-01 12:28
Pada hari khamis,12 april 2007,Ahli-ahli Persatuan Sains Negara Sekolah Kebangsaan Seri Serdang Ehsan telah menga dakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara di Kuala Lumpur.Rombongan seramai 85 orang murid dan 4 orang guru penasihat persatuan iaitu Cikgu Adnan,Puan Aminah,Encik Yong dan EnciK Prithpal Singh telah bertolak dari sekolah pada pukul 2.00 petang menaiki dua buah bas dan tiba di destinasi mereka pada pukul 3.00 petang.

Ketibaan pelawat disambutoleh Pegawai Awam Pusat Sains Negara.Beliau telah membawa murid-murid dan guru-guru penasihat Auditorium Besar    di mana satu sesi taklimat diadakan.

Selepas itu,para pelawat telah dibawa melawat ruang pameran Pusat Sains Negara.Terdapat beraneka jenis bahan pameran seperti akuarium yang mengandungi pelbagai jenis ikandan hidupan akuatik,alat-alat ujikaji dan penyedilikan sains,maklumat bercetak tentang penemuan baru sains,ciptaan sains yang inovaif dan banyak lagi.

satu dokumentari tentang ciptaan sains telah juga ditayangkan.Ahli-ahli Persatuan Sains sekolah telah menimba pengetahua yang tidak ternilai.Lawatam tersebut berjaya memperkaya minda pengunjung supaya mereka lebih    memahami bidang sains dan kemajuan teknologi terkini.

Suatu sesi bergambar kenang- kenangan telah diadakan di akhir lawatan untuk dimuatkan dalam Berita Persatuan Sains nanti.Para pelawat telah diberi buku-buku panduan yang mengandungi maklumat lengkap tentang kegiatan Pusat Sains Negra untuk dijadikan cenderahati tulus ikhlas daripada pusat tersebut.
 

Submit a comment:

Name