Welcome!

Contoh Karangan UPSR: HARI JADI KAWAN KARIB SAYA, by HAGELAH
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor HAGELAH
Title:HARI JADI KAWAN KARIB SAYA
2009-11-08 19:29
        Pada hari Sabtu yang lepas diikuti dengan tarikh 21 Februari 2009,kawan karib saya,Hayatun Nabilah telah menyambut Hari Jadi yang ke-11.Dia menyambut hari jadinya di sebuah dewan yang besar.

        Dewan itu telah dihias dengan belon,riben yang berwarna-warni dan sebagainya.Hayatun pula memakai baju hari jadinya yang berwarna merah jambu.Dia kelihatan begitu cantik dan telah menarik perhatian orang.

         Selepas saudara-mara Hayatun sampai,ibu bapanya memulakan majlis tersebut dengan letupan mercun.Selepas itu,ibunya membawa kek yang berperisa coklat lalu meletaknya di atas meja.Kami menyanyikan lagu "Selamat Hari Jadi" semasa Hayatun memotong kek itu.

         Selepas memotong kek,kami menikmati jamuan yang disediakan olah ibu Hayatun.Pelbagai makanan telah disediakan seperti nasi briyani,ayam masak sambal dan sebagainya.Selepas menikmati jamuan, saya dan Hayatun berbual-bual sambil bermain mercun.

            Tepat pada pukul 11.00 malam kami sekeluarga pulang ke rumah.Sebelum pulang,saya telah memberikan sebuah hadiah yang istimewa kepada Hayatun.Dia mengucapkan terima kasih dan selat tinggal kepada saya.                    
 

Submit a comment:

Name