Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Temu ramah: Kecemerlangan dalam UPSR, by Doris
Contoh Karangan UPSR
Name:Doris
Title:Temu ramah: Kecemerlangan dalam UPSR
2009-05-06 14:47
Doris: Selamat pagi, Ahmad Akmal. :
A.A. : Selamat pagi. :
Doris: Saudara Ahmad Akmal, tahniah kerana mendapat 5A dalam UPSR. Bolehkah saudara menceritakan rahsia kejayaan dalam akademik? :
A.A. : Terima kasih, Cik Doris. Bagi saya, sebenarnya untuk berjaya dalam pelajaran, tidak ada rahsia yang spesifik. Cuma saya melakukan perkara ‘biasa’ sahaja. :
Doris: Perkara biasa? Bolehkah saudara menjelaskan apakah perkara biasa yang dimaksudkan? :
A.A. : Pertamanya, menghabiskan semua kerja rumah yang diberikan. Keduanya, menghadiri kelas tuisyen. Ketiga, mengulangkaji setiap hari. Keempat, menjaga kesihatan. :
Doris: Nampaknya ini merupakan budaya hidup sihat yang sudah diketahui setiap orang. :
A.A. : Namum bukan setiap orang yang ingin mengamalkan budaya hidup sedemikian. :
Doris: Ya, saya bersetuju. Bolehkah saudara menjelaskan rahsia ketiga, mengulangkaji? Bagaimanakah saudara mengulangkaji? :
A.A. : Bagi saya, fakta-fakta dalam buku tidak mencukupi. Selain membaca buku teks dan buku rujukan yang dicadangkan oleh pihak sekolah, saya juga membaca ensiklopedia dan melayari untuk maklumat tambahan. Ini membolehkan saya mengetahui bahan-bahan yang saya baca secara menyeluruh, yakni dalam pandangan helikopter. :
Doris: Sungguh menakjubkan! Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk temuramah ini. Apakah kata-kata yang ingin saudara sampaikan kepada orang yang istimewa? :
A.A. : Saya ingin berterima kasih kepada ayah dan ibu saya kerana memberi galakan dan juga sokongan wang kepada saya. Ribuan terima kasih juga saya ingin sampaikan kepada semua guru dan rakan saya. Terima kasih kepada Cik Doris juga. Akhir sekali saya berharap semua junior dalam sekolah saya juga akan bekerja keras untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di samping menjadi orang yang berguna. :
Doris: Terima kasih sekali lagi kepada Saudara Ahmad Akmal untuk sesi temuramah ini. :
A.A. : Terima kasih. (^_^)

 

Submit a comment:

Name