Welcome!

Contoh Karangan UPSR: karangan tanggungjawab seorang pengawas, by fatihin_penulis
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor fatihin_penulis
Title:karangan tanggungjawab seorang pengawas
2009-10-30 17:39
Sebahagian manusia telah terpilih untuk memimpin sesuatu kumpulan atau sesuatu kelompok yang besar.Sebagaimana malaysia di pimpin oleh perdana menteri.Ketua bagi rumah pula adalah bapa dan bagi sekolah pula adalah guru besar atupun pengetua.

Sesetengah pelajar telah dipilih tuk memikul tanggungjawab yang besar iaitu menjadi pengawas.Tidak kira menjadi pengawas sekolah ataupun pengawas pusat sumber sekolah.Tanggungjawab menjadi pengawas adalah sangat penting.

Pengawas perlulah mengambil peranan untuk menjaga keselamatan,keharmonian,kesejahteraann,kebersihan serta menjaga tingkah laku setiap kelakuan murid.Dengan adanya pengawas sekolah,kejadian buli,merokok di dalam sekolah,mencuri ataupun yang setanding dengannya dapat dikurangkan dalam jangka masa yang singkat.

Menolong guru juga adalah sebahagian tanggungjawab pengawas supaya beban yang dipikul oleh guru akan berkurang.Dengan adanya tugas seperti menjaga kantin,menjaga kelakuan murid dan sesama dengannya,pengawas boleh di anggap sebagai "polis sekolah" kerana rela memikul tugasan yang boleh dikatakan berat.

Pengawas juga kena jaga tingkah laku di sekolah kerana mungkin di sesetengah sekolah pengawasnya lagi teruk daripada murid.Bukankah pengawas yang paling bermutu di antara pelajar?Bidang akedemik serta ko-kurikulum juga perlu disertai oleh pengawas kerana ianya boleh meningkatkan lagi sifat berani dan berkerjasama terhadap pengawas.

Oleh kerana pengawas antara pemimpin sekolah,ianya perlu di contohi oleh pelajar-pelajar lain dan dijadikan teladan sepanjang kita menimba ilmu.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name