Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Orang yang palingku sayangi., by Nur Dzakirah
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka Nur Dzakirah
Title:Orang yang palingku sayangi.
2009-10-28 02:16
     Sejak saat aku dilahirkan, kasih sayang yang bagai menatang minyak yang penuh dicurahkan oleh beliau. Setiap detik masa gembira ataupun pilu sama-sama kami lalui. Beliau ialah orang yang paling aku sayangi, ibuku.

     Ibuku bernama Sabiah binti Ninggal. Beliau dilahirkan pada 10 April 1969. Beliau Seorang yang baik hati, penyayang dan ramah mesra. Ibuku seorang guru yang bertanggungjawab.

     Setiap pagi, ibuku bangun awal. Beliau akan menyediakan sarapan untukku sebelum aku pergi ke sekolah. Beliau amat mengambil berat tentang cara pemakananku walaupun ibuku sungguh sibuk kerana beliau mahu aku berada dalam keadaan yang sihat.

     Selepas sekolah, ibuku akan membawa aku pulang ke rumah.Beliau selalu mengajar aku membuat kerja rumah ataupun mengulangkaji pelajaran. Sekiranya aku kurang memahami sesuatu mata pelajaran, beliau pasti akan mengajarku dengan sabar.

     Aku masih ingat, pada dua tahun yang lalu aku seorang budak yang nakal. Semasa aku bermain dengan jiranku, aku tersungkur ke lantai. Kakiku berlumuran darah, air mataku membasahi pipi. Ibuku bagai cacing kepanasan. Beliau segera membawa aku ke hospital untuk menerima rawatan. Sejak kejadian tersebut,hubungan kami bertambah erat.

     Bagi aku, ibu merupakan insan yang paling mulia di dunia ini. Tiada kasih sayang yang dapat menandingi kasih sayangku terhadapnya. aku bertekad ingin belajar bersungguh-sungguh supaya dapat membalas jasa ibuku apabila aku dewasa kelak. Ibu kaulah ratu hatiku..........
 

Submit a comment:

Name