Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Syarahan\"Kepentingan Menyertai Aktivi Kokurikulum\", by Adrilyn Shereena
Contoh Karangan UPSR
Name:Adrilyn Shereena
Title:Syarahan\"Kepentingan Menyertai Aktivi Kokurikulum\"
2009-05-03 13:51
Yang dihormati tuan pengerusi majlis,para hakim yang bijak sana,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Saya akan sampaikan syarahan saya yang bertajuk 'Kepentingan Menyertai Aktiviti Kokurikulum'.

Hadirin sekalian,

Aktiviti merupakan kegiatan di luar bilik darjah.Aktiviti tersebut terbahagi aktiviti kelab dan persatuan.Sukan dan serta badan beruniform.Aktiviti memberikan peluang kepada murid untuk memupuk bakat mereka.Murid-murid yang mempunyai bakat seperti berpidato boleh menyertai pertandingan melalui persatuan.Pernahkah kamu dengar "Badan cergas?Otak cergas?" "Ya,dengan menyertai aktiviti kelab dan persatuan badan akan menjadi cergas dan otak cerdas." Apabila badan sihat jantung dapat mengempam darah ke seluruh badan dengan lebih berkesan.Murid-murid lebih pasti akan dapat menguasai pelajaran.

    Hadirin sekalian,

Melalui aktiviti badan beruniform pula sikap tolong-menolong akan dapat disemai.Murid akan berganding bahu dalam menjayakan dalam sesuatu aktiviti.Sikap enau dalam belukar lepaskan pucuk masing-masing dapat dihindarkan.

    Akhir kata,

Saya ingin menegaskan bahawa aktiviti itu amat penting.Oleh itu kita mestilah menyertai aktiviti kokurikulum.

    Sekian,

        Terima kasih.


 

Submit a comment:

Name