Welcome!

Contoh Karangan UPSR: karangan syarahan -\" sukan dan faedahnya.\", by NAZURA BT AZMAN [ 5 BESTARI ].
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor NAZURA BT AZMAN [ 5 BESTARI ].
Title:karangan syarahan -\" sukan dan faedahnya.\"
2009-10-25 20:47
soalan:Anda telah mengambil bahagian dalam satu pertandingan syarahan peringkat sekolah.Tajuk syarahan anda ialah 'sukan dan faedahnya'.tulis teks syarahan tersebut selengkapnya.

        Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Tuan Guru Besar sekolah kebangsaan seksyen 7 shah alam, para hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru dan rakan-rakan.Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan. Pada hari yang indah ini , saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk "sukan dan faedahnya".

Hadirin yang dihormati,

        Bersukan merupakan satu amalan yang baik.dalam kehidupan seharian,lazimnya,kita bersukan.Contohnya,berlari,berjalan,bermain sambil melakukan pergerakkan badan dan sebagainya.Melalui aktiviti sukan,seseorang itu akan dapat memperoleh faedah atau manfaat yang banyak.Misalnya,badan akan bertambah cergas dan sihat.

        Oleh sebab itu,kita perlu bersukan untuk bertambah sihat.Selain itu,seseorang yang bersukan akan mengeluarkan peluh dan ini akan menyihatkan badan dan seterusnya menjadikan seseorang itu lebih aktif dan sihat.

Hadirin yang dimulikan,

        Bersukan dapat merehatkan pemikiran seseorang juga.Orang yang aktif bersukan dapat menghindarkan diri daripada serangan penyakit.

        Melalui aktiviti sukan, kita dapat meluaskan pergaulan dan menambahkan kenalan.Bersukan dapat mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam masyarakat.Kesimpulannya setiap orang tidak mengira umur perlulah bersukan demi menjamin kesihatan tubuh badan.

        Akhir kata,sya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya sepanjang menyampaikan syarahan tadi terdapat kata-kata saya yang kurang menyenangkan.

    

        Sekian,terima kasih.        
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name