Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Tindakan, by Karangan creator
Contoh Karangan UPSR
Name:Karangan creator
Title:Tindakan
2009-05-02 05:12
        Pada suatu petang saya dan kawan saya iaitu Aiman dalam perjalanan pulang dari sekolah.Kami baru saja menghadiri aktivit kokurikulum di sekolah kami.Kami pulang dengan berjalan-kaki.

        Sesampainya kami di sebuah satu selekoh,tiba-tiba kami terdengar bunyi kucing sedang mengiau-ngiau.Saya dan Aiman berpandang-pandangan .Selepas itu,kami bersepakat untuk mencari anak kucing itu .Setelah puas mencari,akhirnya kami terjumpa seekor anak kucing di dalam longkang yang besar di tepi jalan itu.

        Mujurlah air longkang itu cetek sahaja kalau tidak,anak kucing akan mati lemas.Kawan saya Syed segera masuk ke dalam longkang untuk mengambil anak kucing tersebut.Tubuhnya kelihatan basah kuyup.Anak kucing itu menggigil kesejukan.

        Saya segera pulang ke rumah sambil mengendong anak kucing itu bergilir-gilir.

        Setelah sampai di rumah saya terus memberi tahu ibu bapa saya tentang anak kucing yang kami jumpa itu.Ibu saya segera menyuruh saya dan Syed memandikan anak kucing itu dengan air suam.Setelah selesai memandikannya saya memberi makanan dan juga susu kepada anak kucing itu.Anak kucing itu kelihatan sangat lapar.Oleh itu,anak kucing itu makan dengan gelojoh sekali.

        Pada petang kami membawa anak kucing ke klinik haiwan bersama-sama ayah,ibu dan kawan saya.Seorang doktor haiwan memeriksa anak kucing itu.Dia memberitahu bahawa keadaan anak kucing itu dalam keadaan sihat.Doktor haiwan itu memberikan satu suntikan untuk memastikannya sentiasa sihat.

        Saya dan Syed bersetuju untuk membela anak kucing itu bergilir-gilir.Ini tidak menjadi masalah kerana rumah Syed terletak bersebelahan rumah saya.Kami menamakannya Tamtih kerana bulunya hitam bertompok putih.Kami menjaga Tamtih dengan penuh kasih sayang.
 

Submit a comment:

Name