Welcome!

Contoh Karangan UPSR: BERITA KEBAKARAN RUMAH KEDAI, by HANIS SHUHADA
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor HANIS SHUHADA
Title:BERITA KEBAKARAN RUMAH KEDAI
2009-10-17 16:35
KUALA TERENGGANU,Rabu-Sebaris rumah kedai dua tingkat telah musnah dijilat api dalam kejadian jam 5.00 pagi semalam.Enam buah kedai yang diperbuat daripada kayu itu terletak di Jalan Sentosa.

     Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada api lilin yang digunakan oleh penghuni kedai nombor empat.Lilin telah digunakan kerana bekalan elektrik terputus sejak jam 10.00 malam tadi.Api yang marak dengan cepat manyebabkan pihak bomba tidak dapat manyelamatkan rumah kedai tersebut daripada musnah.

     Menurut Ketua Pegawai Bomba dan Penyelamat,Encik Kassim Mahmud,pihak bomba telah mencuba sedaya upaya untuk memadamkan api sebaik sahaja tiba di tempat kejadian pada jam 5.25 pagi.Menurut beliau,anggaran kerugian yang dialami dalam kebakaran itu mencapai RM700,000.

     Wakil kerajaan negeri,Encik Puad Ibrahim berjanji akan mendapatkan bantuan kerajaan negeri untuk membina kembali rumah kedai tersebut.Menurut beliau,kawasan rumah kedai Jalan Sentosa termasuk dalam perancangan pembinaan baru yang akan dimulakan awal tahun depan.

     Sementara itu penghuni rumah kedai nombor empat mengakui akan kecuaiannya kini ditahan oleh pihak polis untuk disoal siasat.
 

Dina Darwisha Bt Nasarudin, (2018-08-05 23:28)
Bagus tetapi ia hanya 5 perenggan sahaja :0
 
Submit a comment:

Name