Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah telefon bimbit, by wong lee sin
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak wong lee sin
Title:aku sebuah telefon bimbit
2009-10-06 18:31
    Aku sebuah telefon bimbit.Nama aku ialah Nokia.Aku dilahirkan di sebuah kilang di Kuala Lumpur.Warna badanku ialah warna hitam.Badanku dipasangkan sebuah kamera yang kecil.

    Selepas dilahihkan,aku dihantarkan ke kedai di Sitiawan.Aku dihantar oleh sebuah lori yang besar bersama kawan-kawanku.Apabila aku tiba di kedai,tauke itu mengangkat aku dan kawan-kawanku ke dalam kedainya.Aku diletakkan di dalam rak yang bercermin.

    Pada suatu hari,seorang pemuda datang untuk membeli telefon bimbit.Tiba-tiba dia mendekatiku.Dia ingin membeliku.Walaupun harga saya mahal tetapi dia tertarik pada kecantikkanku.

    Tuanku menjagaku dengan baik.Dia amat sayang kepadaku.Aku berasa sangat bangga kerana mempunyai tuan yang baik.

    Pada suatu hari,aku telah rosak kerana aku tercampak oleh tuanku. Tuanku berasa amat sedih.Tuanku membawaku ke klinik utuk dirawat.Aku telah pulih akhirnya.

    Aku berasa gembira kerana tuanku masih menggunakan aku walaupun telah lima tahun.Aku berjanji akan berkhimat dengan tuanku dengan baik.

    

    
 

Submit a comment:

Name