Welcome!

Contoh Karangan UPSR: berita kemalangan ngeri, by Nur Liyana Abd Rahman(SKTTA1)
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Nur Liyana Abd Rahman(SKTTA1)
Title:berita kemalangan ngeri
2009-09-19 22:10
SKUDAI,Sabtu-Sebuah kemalangan ngeri telah berlaku jam 11 malam semalam yang melibatkan sebuah lori balak,sebuah motosikal dan sebuah kereta Naza Ria.Kemalangan itu telah mengorbankan 2 nyawa.

        Pemandu lori disyaki lalok kerana terdapat dadah di dalam air kencingnya setelah ujian air kencing dijalankan.Penunggang motosikal pula dipercayai mabuk manakala pemandu kereta dikatakan sedang berbual melalui telefon sambil membawa kereta.

     Erma,32(pemandu kereta)terkorban di tempat kemalangan.Mangsa yang cuba untuk mengambil telefonnya yang terjatuh terkejut apabila melihat sebuah lori menuju ke arahnya dari arah bertentangan.Lebih mengerikan apabila cermin kereta mangsa pecah dan serpihan-serpihan kaca

masuk ke dalam mata dan kepalanya menyebabkan mangsa kehilangan darrah yang banyak.Darah mangsa juga terpercik keluar.

        Ng Hi Rau,20(penunggang motosikal)meninggal ketika dalam

perjalanan ke hospital.Motosikal mangsa dikatakan terperosok ke bawah lori.Hampir 3 jam masa yang diambil untuk mengeluarkan    mangsa.Darahnya berlumuran di atas jalan raya

dan tulang paha mangsa terkeluar dari kakinya.

        Roh Rajan,54(pemandu lori)hanya cedera di kepala dan patah tangan kerana tersepit.Pemandu lori itu akan disiasat setelah mangsa pulih nanti.Kayu-kayu balak juga dikatakan

berselerak di atas jalan raya.

        Pihak berkuasa berpesan agar semua pengguna jalan lebih berhati-hati di musim perayaan ini kerana malang tidak berbau.Sambutlah hari raya dengan kegembiraan bukan tangisan.
 

Submit a comment:

Name