Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Melawat ke Pulau Pinang, by Wani
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Wani
Title:Melawat ke Pulau Pinang
2009-09-15 16:57
Saya dan keluarga pergi melawat ke    sebuah negeri yang indah dan bersih.Negeri ini terletak di Utara Malaysia yang berdekatan dengan negeri Kedah dan Perak.

Negeri ini menarik kerana mempunyai jambatan yang cantik dan panjang.Di sana juga mempunyai feri yang besar,yang boleh digunakan untuk mengangkut kenderaan.

Di Pulau Pinang juga terdapat tempat yang menarik seperti Taman rama-rama,Taman burung,Taman Negara,Bukit Bendera,Batu Feringgidan Rumah P.Ramlee.

Terdapat banyak bangunan yang tinggi di Pulau Pinang.Seperti Komtar,Rumah-rumah Pangsa dan lain-lain lagi.Penduduknya juga baik hati dan bersopan-santun.

Ramai para pelangcong datang melawat ke negeri Pulau Pinang.Makanan istimewa negeri Pulau Pinang ialah Nasi Kandar,Laksa Pulau Pinang dan banyak lagi.

Saya berasa sangat gembira dan bangga kerana menjadi penduduk negeri Pulau Pinang.Oleh itu marilah kita sama-sama melawat ke Pulau Pinang.    
 

Submit a comment:

Name