Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Surat Kiriman Rasmi(Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah), by Izzah Anisah
Contoh Karangan UPSR
Name:Izzah Anisah
Title:Surat Kiriman Rasmi(Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah)
2009-04-24 00:56
No.28 Persiaran Senawang 7,

Taman Cempaka Fasa 2,

70450 Seremban

-----------------------------------------------------------

Puan Rahimah Bt.Ibrahim,

Guru Kelas 6 Bestari,

Sekolah Kebangsaan Senawang,

70450 Seremban,

Negeri Sembilan.                                                     15 Januari 2009

Tuan/puan,

TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH

Dengan segala hormatnya,perkara di atas adalah dirujuk.

2.                         Saya Norazhar Bin Mohd Shah bapa kepada Izzah Anisah Binti Norazhar ingin menyatakan anak saya tidak dapat hadir ke sekolah selama tiga hari mulai 19 Januari hingga 21 januari 2009.

3.                         Ketidakhadirannya adalah disebabkan menziarahi datuknya yang sedang sakit di Pulau Pinang.Saya berjanji bahawa anak saya akan kembali semula ke sekolah pada 22 Januari 2009.

4.                         Adalah diharapkan pihak tuan dapat menyimpan segala nota dan lebaran kerja bagi pihak anak saya.

5.                         Pertimbangan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih,

Yang Benar,

........................    

(Norazhar Bin Mohd Shah)

    
 

Submit a comment:

Name