Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kebaikan Membawa Bekal Ke Sekolah, by Majdi
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Majdi
Title:Kebaikan Membawa Bekal Ke Sekolah
2009-09-08 10:19
        Yang berusaha Tuan Pengerusi majlis,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bota Kanan,guru-guru dan rakan seperjuangan yang saya kasihi sekalian.Pada pagi yang mulia ini sukalah saya untuk membacakan syarahan yang bertajuk 'Kebaikan membawa beka ke sekolah.

        Seperti yang kita ketahui makanan yang dibawa tentulah dimasak oleh ibu kita atau anggota keluarga kita.Jadi,ini bermakna makanan yang dibekalkan tentulah terjamin kebersihan.Oleh hal yang demikian,ibu atau anggota keluarga memasak makanan dengan membasuh tangan ter lebih dahulu.

        Sesetengah kantin masak makanan dengan sambil lewa dan tidak mengambil berat tentang rasa sesuatu makanan itu.makanan yang dibawa dari rumah tentunya ibu kita atau anggota keluarga kita mengambil berat tentang rasa sesuatu makanan itu.

     Membawa bekalan makanan disekolah boleh juga mengelakkan daripada penyakit iaiti keracunan makanan yang sering kita dengari dicorong-corong radio dan juga televisyen.

     Sebagai seorang anak,kita sewajarnya menghargai jasa ibu atau anggota keluarga yang bangun awal menyiapkan makanan yang kita inginkan.Ini boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara keluarga.

        

    Ibu kita atau anggota keluarga kita menggunakan bahan-bahan yang terbaik dan segar.mereka juga tidak menambahkan bahan-bahan pengawet.Sesetengah kantin ada juga yang memakai bahan pengawet.Ini boleh menjejaskan penyakit murid-murid.

    Natijahnya,membawa bekal ke sekolah memanglah satu amalan yang harus kita lakukan kerana ianya bukan saja terjamin kesihatannya malah boleh menjadikan tubuh kita sihat.
 

Submit a comment:

Name