Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman Yang Tidak Boleh Dilupakan(catatan), by hasanatun nabila 6C (SKT SELASIH)
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor hasanatun nabila 6C (SKT SELASIH)
Title:Pengalaman Yang Tidak Boleh Dilupakan(catatan)
2009-09-08 02:02
Sabtu,10 Ogos 2009

10:00 pagi

Aku berasa gembira kerana ayah hendak membawa kami sekeluarga ke Taman Tasik Titiwangsa,Kuala Lumpur.Aku dan adik-adikku yang lain segera bersiap untuk ke Tasik Titiwangsa.Setelah siap kami pun bertolak dengan menaiki kereta ayah.

10:30 pagi

Sampai di sana,ayah segera membawa kami ke tempat untuk menaiki roda "Feris".Kami pun beratur di hadapan kaunter untuk membeli tiket.Kami terpaksa beratur panjang kerana orang sungguh ramai.Maklumlah orang ramai begitu teruja untuk menaiki "Eye On Malaysia" yang mempunyai ketinggian kira-kira 60 meter itu.

11:00 pagi

Setelah penat beratur,akhirnya tibalah giliran kami sekeluarga untuk memasuki gondola yang dipasang sebanyak 42 buah pada roda"Feris" itu.Aku berasa gayat apabila roda "Feris" itu mula bergerak dan berpusing.Aku berasa sangat seronok kerana dapat melihat pemandangan yang menarik dan indah sekitar bandar raya Kuala Lumpur terutamanya Menara Berkembar Petronas atau lebih di kenali dengan KLCC.

11:30 pagi

Kemudian kami berpeluang menyaksikan pertunjukan jet ski yang di adakan di tasik itu.Aku kagum    melihat kecekapan penunggang-penunggangnya mengawal jet ski yang di tunggang.Pelbagai formasi dan aksi di tunjukkan sepanjang persembahan tersebut.Tetapi,penonton di ingatkan supaya tidak melakukan aksi-aksi itu di rumah.Hal itu kerana,ia akan mendatangkan masalah.Hanya yang berpengalaman sahaja di benarkan membuat aksi sebegitu.

12:00 tengah hari

Selepas itu,kami sekeluarga bertsiar-siar di sekeliling tasik sambil memuji landskap yang kehijau-hijauan.Kami mengambil gambar kenang-kenangan di beberapa lokasi yang menarik.Ayah juga membelikan kami minuman untuk membasahi tekak dan menghilangkan dahaga.

1:00 petang

Ayah mengambil keputusan untuk pulang ke rumah setelah puas bersiar-siar.Sebelum pulang,kami makan tengah hari di sebuah restoran.Kemudian,kami pun bertolak pulang dengan perasaan seronok dan bercadang hendak ke sini lagi.Walaupun penat,aku tetap berasa gembira.Inilah pengalaman yang tidak dapat aku lupakan.
 

Submit a comment:

Name