Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Ucapan perpisahan, by Riya
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Riya
Title:Ucapan perpisahan
2009-09-08 01:24
             Selamat sejahtera.Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Encik Isa bin Abu guru besar Sekolah kebangsaan Ulu Tiram, warga guru tahun enam serta rakan-rakanku yang budiman.

             Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan sempena Majlis Perpisahan Murid Tahun Enam yang akan menamatkan sekolah pada hari ini.

             Pada hari ini, kami berasa amat sedih keran akan meniggalkan sekolah rendah, iaitu tempat kami belajar sehingga kami pandai membaca, mengira dan menulis. Melalui bimbingan guru-guru yang tidak pernah kenal erti jemu, kami tidak buta huruf sebaliknya berjaya menguasai pelbagai ilmu.Terima kasih, cikgu-cikgu tersayang.

             Sepanjang enam tahun belajar di sekolah ini. pelbagai kenangan pahit manis telah kami lalui.

Walaupun amat perit ketika kami dimarahi kami bersyukur kerana kami telah menikmati saat-saat manis, iaitu meraih kejayaan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang telah diumumkan baru-baru ini.

Guru-guru yang baik hati,

             Disinilah bermulanya kehidupan kami. Sekolah ini merupakan rumah kedua kami manakala guru-guru pula ialah ibu bapa kedua kami. Kami diajar membezakan baik buruk. Juteru,kami berakhlak mulia sekali gus berdisiplin seperti ajaran guru-guru.

             Apabila diri kami dihiasi dengan budi bahasa dan akhlak terpuji, guru-guru terus memberikan pelbagai ilmu dengan penuh tanggungjawab. Kami amat kagum dengan kesabaran ketika mengajar kami. Akhirnya, kami berjaya memperoleh ilmu sepanjang enam tahun di sekolah ini.

Hadirin yang dikasihi,

             Selain itu, kami diasuh serta dibimbing menguasai ilmu di luar bilik darjah seperti dalam aktiviti persatuan, kelab dan unit beruniform. Berkat tunjuk ajar guru-guru ,kami berjaya menggondol pingat emas dalam acara sukan di peringat daerah mahupun nageri, hebat berpidato, cemerlang dalam kuiz, heat sebagai juara membaca al-quran dan cekal berkhemah di dalam hutan.

             Kami juga amat bersyukur kerana bakat kami berjaya digilap oleh guru-guru. Oleh itu, lahirlah daripada kalangan kami murid yang boleh berlakon, menyanyi, menari dan beraksi di atas pentas.Kemenangan demi kemenangan telah kami raih sehingga nama sekolah ini sentiasa meniti dari bibir ke bibir masyarakat Johor Bahru dan Johor. Semuanya berkat kegigihan guru-guru yang membentuk diri kami menjadi insan yang tahu menghargai seni khazanah bangsa.

             Segala pengorbanan dan jasa guru-guru tidak mudah kami lupa, sebaliknya akan kami pahat di dalam sanubari selagi nyawa dikandung badan .Tanpa guru-guru siapalah kami.Terima kasih yang tidak terhingga kepoada semua guru.Kami menyusun sepuluh jari memohon atas segala kesilapan. Kami juga akan selalu mendoakan kebahagiaan guru-guru dan doakan kami walau di mana-mana kami berada nanti.Sebelum mengundurkan diri, trimalah serangkap pantun daripada kami.

Kalau ada jarum yang patah,

Jangan disimpan daripada kami,

Kalau ada silap dan salah,

Jangan disimpan di dalam hati.
 

Submit a comment:

Name