Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Bersukan mendatangkan lebih banyak kebaikan daripada keburukan (Pembangkang), by Cookies
Contoh Karangan UPSR
Name:Cookies
Title:Bersukan mendatangkan lebih banyak kebaikan daripada keburukan (Pembangkang)
2009-04-20 15:25
     Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengerusi, para hakim, pengetua, guru-guru dan hadirin sekalian.

     Sebenarnya kekecewaan yang menimpa kepada para atlit jauh lebih mendalam apabila mereka mendapati bawaha mereka tidak dipilih untuk mewakili sekolah, negeri mahupun negara.

     Hadirin sekalian, terdapat 100,000 orang atlit sukan yang berwibawa dan berpotensi, namum cuma 33 orang sahaja yang dipilih ke Olympik Beijing 2008. Memang tidak dapat dinafikan bawaha impak kekecewaan yang berpanjangan akan mengena pada mereka yang tidak terpilih.

     Balik ke sekolah, banyak kes kecederaan yang ringan atau berat dilaporkan setiap minggu. Hampir kesemua kes kecederaan berpunca daripada aktiviti bersukan, terutamanya mereka yang dikehendaki bersukan di padang simen sekolah kita. Tengok luka pada tangan saya yang terjatuh semasa bersukan di padang sekolah pada minggu lalu.

     Bersukan yang berlebihan juga membazirkan masa. Banyak atlit yang terlalu rajin berlatih sehingga mengabaikan masa untuk mengulangkaji. Akibatnya mereka gagal dalam UPSR, sungguh pun memenangi pingat emas dalam acara olahraga.

     Jelaslah bahawa bersukan mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Rakan seperjuangan saya akan meneruskan perbahasan dengan hujah-hujah yang lebih menarik.

     Sekian, terima kasih.    
 

Submit a comment:

Name