Welcome!

Contoh Karangan UPSR: peristiwa yang tidak dapat dilupakan, by haziq nike smart bin sulaiman tahun 4p
Contoh Karangan UPSR
Name:haziq nike smart bin sulaiman tahun 4p
Title:peristiwa yang tidak dapat dilupakan
2009-04-11 04:00
Pada hari khamis yang lalu saya menyertai pertandingan kawat kaki peringkat daerah hulu selangor.Guru yang bertugas menyuruh kami membeli kasut kulit yang sesuai bagi pertandingan kawat kaki.Rumahku jauh dari pekan.Ini sukar untuk aku membeli kasut tersebut.Ibuku mencadangkan aku meminjam saja daripada jiran sebelah rumah.Kebetulan pula pada waktu itu anak jiranku ada mempunyai kasut kulit yang tidak digunakan lagi.Aku meminjam kasut kulit anak jiranku.Pada malam hari aku dan ibu sibuk mengilat kasut tersebut dengan kiwi.

Aku tak sabar-sabar menanti hari pertandingan tersebut. Pada kesokkan harinya dengan penuh segak aku memakai pakaian unit beruniform Pengakap dengan kasut kulit anak jiran ku yang ibu ku pinjam semalam. Pasukan sekolah kami menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

Sesampai sahaja di tempat pertandingan aku merasa rendah diri apabila melihat pasukan dari sekolah lain juga penuh bergaya. Tetapi aku yakin dengan latihan yang guru ku berikan dan pakaian yang aku kenakan membuatkan aku bertambah yakin yang aku bolah berjaya.

Apabila tiba giliran nama sekolah ku dipanggil kami bersiap sedia untuk membuat persembahan kawat kaki.Apabila komander memberi arahan"Bergerak kekiri bertiga tiga.Kekiri pusing" aku dengan penuh yakin terus melangkah kaki dan berpusing ke kiri. Tanpa aku sedari tapak kasut ku juga turut berpusing dan melayang terus kehadapan hakim. Dengan tidak semena-mena hakim terus tergelak besar melihat kasut ku diatas ribaanya. Dengan perasaan malu dan ketakutan aku teruskan juga kawat kaki ku tanpa kasut dikaki. Apabila selesai    pertandingan kawat kaki dengan rasa malu aku meminta semula kasut tersebut daripada hakim.

Walaupun kasut ku tercabut semasa pertandingan kawat kaki sekolahku masih juga mendapat tempat naib johan peringkat daerah Hulu Selangor.
 

Submit a comment:

Name