Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sang Kancil Menjadi Hakim (Ringkasan), by Connie Wong
Contoh Karangan UPSR
Name:Connie Wong
Title:Sang Kancil Menjadi Hakim (Ringkasan)
2009-04-02 21:53
     Pada suatu hari, Sang Musang meminjam setandan pisang daripada Sang Monyet dan berjanji akan membayar balik selepas dua bulan.

     Apabila genap masanya Sang Musang enggan membayar hutang dengan alasannya bahawa terdapat satu bulan sahaja di langit. Sang Monyet amat marah kerana ditipu, lalu mengadu kepada Sang Kancil.

     Sang Kancil menyuruh mereka berdua datang ke tepi sungai pada malam itu. Sang Kancil berkata, "Sekarang ada satu bulan di atas langit dan satu lagi di dalam air. Jumlahnya dua bulan, Sang Musang mesti menunaikan janji."

     Sang Musang dikalahkan dan terpaksa membayar hutangnya.
 

Submit a comment:

Name