Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kejohanan merentas desa, by aidil
Contoh Karangan UPSR
Name:aidil
Title:kejohanan merentas desa
2009-03-31 20:51
Selayang,sabtu-Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu telah mengadakan kejohanan merentas desa baru-baru ini.Acara yang bermula dari kawasan sekolah itu telah melalui beberapa batang jalan di sekitar pinggiran templer dan juga dataran templer.

Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid-murid supaya aktif dari segi fizikal dan juga mental.ini bertujuan agar murid-murid mempunyai pencapaian yang seimbang dalam bidang akedamik dan juga kokurikolum.Di samping itu,peserta yang terbaik akan terpilih untuk mewakili sekolah ke kejohanan di peringkat sekolah.

Acara telah dimulakan pada pukul 7.30 pagi.Ustaz memulakan acara dengan bacaan doa.acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh guru besar,Puan Halimah kemudian beliau telah melepaskan para peserta acara merentas desa bermula dari tapak perhimpunan.

Para peserta berlari kira-kira tiga kilometer,sebelum tiba semula ke sekolah.Murid-murid diminta berehat di kantin sekolah kerana keletihan .Selain itu,murid-murid juga telah diberikan makanan dan minuman oleh guru-guru yang bertugas.

Acara kemuncak pada hari itu ialah majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.Adik Mohd Ajwad dan adik Nurul    Nabilah telah terpilih sebagai peserta acara merentas desa.acara pada hari itu telah tamat pada pukul 12.30 tengah hari.Sebelum bersurai,murid-murid telah bekerjasama dengan guru-guru untuk membersihkan kawasan sekolah.    


 

Submit a comment:

Name