Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kebaikan-kebaikan perpustakaan sekolah, by Wan Haffzan Putri binti Wan Mohd Lotpi
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Wan Haffzan Putri binti Wan Mohd Lotpi
Title:kebaikan-kebaikan perpustakaan sekolah
2010-09-19 17:00
            Perpustakaan atau dikenali sebagai pusat sumber ialah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi bacaan.Namun,di zaman pesat ini kebanyakan    perpustakaan mempunyai komputer yang akan digunakan oleh pengunjung perpustakaan.Oleh sebab itu perpustakaan sekolah pun mempunyai kemudahan seperti itu.  
            Murid yang mengunjung perpustakaan sekolah akan memperolehi pelbagai    faedah.Antaranya, murid dapat mengetahui berbagai-bagai maklumat dari bahan bacaan yang dibaca.Oleh sebab itu kita tidak mungkin ditipu.  
            Seterusnya,murid mungkin mendapat ramai kenalan di perpustakaan sekolah itu.Kita boleh menukar maklumat bersama kenalan kite.Ia juga boleh mengeratkan silaturrahim diantara kita dan sahabat.  
            Selain itu,perpustakaan juga adalah satu tempat yang sesuai untuk menelaah matapelajaran.Ia disebabkan oleh suasana yang sunyi dan senyap.Murid murid mungkin akan lebih tumpu ketika membaca buku .  
            Murid-murid tidak perlu pergi ke perpustakaan yang jauh kerana di sekolah mereka sendiri mempunyai perpustakaan yang lengkap dengan prasarana.Ia tidak menghabiskan minyak kereta ibu bapa mereka untik menghantar mereka ke perpustakaan yang jauh.  
            Oleh sebab itu,marilah kite bersama-sama pergi dan bangunkan perpustakaan sekolah kerana sebab -seba di atas.
 

Submit a comment:

Name