Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Ucaapan Majlis perpisahan guru besar, by Anasakinah
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Anasakinah
Title:Ucaapan Majlis perpisahan guru besar
2010-09-18 00:41
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang diraikan Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Skudai Baru,guru-guru dan seterusnya rakan sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua.  
 
Hadirin yang dihormati,  
 
         Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa majlis yang gilang-gemilang ini diadakan khas untuk meraikan perpisahan Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Skudai Baru, Puan hjh Muzarinah. Saya berasa sungguh bertuah dan berbangga kerana telah berkesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata pada pagi ini.  
 
         Sebagai pelajar yang telah lama bernaung di bawah bimbingan beliau, sudah tentunya kita berasa sedih dan pilu atas perpisahan ini. Namun segalanya sudah suratan dan persaraan beliau seharusnya diterima dengan tangan terbuka. Sememangnya tuan guru besar kita merupakan seorang guru yang berdedikasi, tegas dan berhemah tinggi. Kita perlu bersyukur kerana beliaulah yang selama ini mangajar kita menjadi insan yang berguna, berdaya tinggi dan intelek. Persaraan beliau umpama hilangnya sebutir permata yang menyinari sekolah ini.  
 
Hadirin yang dihormati,  
 
         Seperti mana yang diketahui, tuan guru besar telah banyak berjasa kepada sekolah ini. Jasa-jasa yang dicurahkan mustahil dapat dihitung lantaran terlalu banyak. Setelah kira-kira 10 tahun berkhidmat di sini, telah banyak perubahan yang telah dibuat oleh beliau. Ini termasuklah dari segi akademik, kokurikulum, dan disiplin murid-murid.  
 
         Jika kita perhatikan, sebelum beliau bertukar ke sekolah ini, masalah disiplin sangat meruncing. Akhirnya masalah ini dapat dibendung oleh beliau dengan bijaksana. Ini juga hasil kerjasama yang diberikan oleh pihak guru dan murid-murid. Secara tidak langsung, kejayaan itu telah mengharumkan dan menaikkan imej sekolah.  
 
         Kami tidak dapat membalas jasa-jasa beliau dengan wang ringgit. Sebaliknya kami berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai impian kami iaitu 5A dalam UPSR. Kami berharap agar dapat mengekalkan prestasi walaupun ketiadaan beliau. Kami yakin kami akan berjaya. Kejayaan akan sentiasa berpihak kepada kami sekiranya kami mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Bagaimanapun semuanya hanya dapat ditentukan oleh Tuhan.  
 
         Manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Oleh itu, saya mewakili semua pelajar memohon ribuan ampun daripada tuan guru besar. Mungkin kami pernah melakukan sesuatu kesalahan yang menyinggung hati dan perasaan cikgu.  
 
         Sekian sahaja ucapan saya pada kali ini. Sebelum mengundurkan diri, ingin saya ucap 'Selamat Bersara' kepada tuan guru besar. 'Biar Jauh di Mata, tetapi Dekat di Hati'.  
 
Sekian, terima kasih.  

 

Submit a comment:

Name