Welcome!

Contoh Karangan UPSR: \"CARA-CARA UNTUK MENJAGA KESIHATAN BADAN\", by ADAM
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak ADAM
Title:\"CARA-CARA UNTUK MENJAGA KESIHATAN BADAN\"
2010-09-17 13:23
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian Satu, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat pagi saya ucapkan.  
 
            Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan ialah 'Cara-cara Menjaga Kesihatan Badan'. Kesihatan badan perlu dijaga untuk kesejahteraan hidup kita.  
 
Hadirin yang dihormati,  
 
            Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memastikan kesihatan badan kita terjamin. Salah satunya ialah dengan menjaga pemakanan harian kita. Kita    hendaklah makan makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Zat-zat yang diperlukan oleh badan terdiri daripada protein, karbohidrat, lemak, vitamin, kalsium, zat besi dan sebagainya. Elakkan daripada memakan makanan ringan terutamanya bagi kanak-kanak kerana makanan itu boleh menjejaskan kesihatan.  
 
            Kita juga haruslah memastikan badan sentiasa bersih. Kita perlu membersihkan diri sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Gunakan air yang bersih dan sabun semasa mandi. Kemudian pakailah pakaian yang bersih.  
 
            Selain itu, kita memerlukan tidur yang cukup untuk menjaga kesihatan badan. Seseorang yang tidak cukup tidur akan jadi mengantuk, letih dan kegiatan hariannya akan terganggu.  
 
Hadirin yang dihormati,  
 
            Bersukan atau beriadah juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesihatan badan. Kita boleh membuat pilihan sama ada berjoging, menyertai permainan berpasukan, sukan air, dan sebagainya. Kegiatan ini akan menjadikan badan kita sihat dan cergas.  
 
            Nampaknya setakat ini sahajalah syarahan saya. Oleh itu, kita perlu mengetahui cara-cara menjaga kesihatan badan agar terhindar daripada sebarang penyakit. Sesungguhnya pencegahan itu lebih baik daripada perawatan.  
 
Sekian, terima kasih.  

 

Submit a comment:

Name